Tempatan

Kadar Zakat Fitrah Pahang Kekal RM7

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 27 Mac 2022 – Penetapan kadar zakat fitrah Negeri Pahang bagi tahun ini masih sama seperti tahun sebelumnya iaitu RM7, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP), Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Datuk Ahmad Hairi Hussain memaklumkan bahawa perkara tersebut ditetapkan selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Di samping itu, MUIP telah mentauliah seramai 930 amil bagi melancarkan proses pembayaran zakat fitrah di Negeri Pahang yang akan bermula dari awal Ramadan nanti sehingga selewat-lewatnya sebelum solat sunat Hari Raya Aidilfitri.

MUIP turut menyediakan kemudahan pembayaran zakat fitrah secara atas talian melalui capaian ezakat.muip.gov.my., jelas Datuk Ahmad Hairi Hussain.

Selain itu, MUIP turut mengingatkan umat Islam agar membayar zakat hanya kepada amil yang bertauliah dengan memastikan resit pembayaran diterima mempunyai logo majlis berkenaan yang sah.

Tahun lalu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Baitulmal dan Operasi) MUIP, Dr Asmadi Abdul Rahman memaklumkan bahawa Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) telah mengagihkan sebanyak RM170.9 juta bagi membantu asnaf yang memerlukan bantuan dalam pelbagai bentuk sepanjang Disember 2021.

Sejumlah daripada wang itu, lebih RM67.1 juta diagihkan kepada asnaf fisabilillah dan lebih RM76.4 juta kepada golongan fakir dan miskin.

Leave a Reply

Back to top button