Tempatan

MUIP Agih RM11.79 Juta Menjelang Ramadan

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PEKAN, 31 Mac 2022 – Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mengagihkan bantuan berjumlah RM11.79 juta kepada golongan memerlukan termasuklah 676 masjid seluruh Pahang.

Bantuan tersebut termasuk agihan bantuan tahunan hari raya kepada penerima bantuan zakat bulanan yang melibatkan seramai 5,556 orang membabitkan peruntukan RM2.78 juta.

“Manakala bantuan bagi golongan asnaf dan fakir miskin pula berjumlah RM3.07 juta yang akan diberikan kepada 6,437 orang sementara 3,898 saudara Muslim baharu pula turut menerima bantuan dengan jumlah keseluruhan RM1.74 juta,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MUIP, YH. Dato’ Ahmad Hairi.

Menurut beliau lagi, sebanyak 676 masjid seluruh Pahang turut menerima sumbangan Ramadan termasuk tiga masjid IPTA iaitu Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dengan jumlah RM4.2 juta.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, MUIP mensasarkan kadar kutipan zakat fitrah pada tahun ini meningkat kepada RM7.5 juta berbanding RM6.6 juta tahun lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Pengumuman Kadar Zakat Fitrah Negeri Pahang bagi Tahun 1443H/2022M di Dewan MUIP, Kompleks Islam Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan, pada Khamis lalu.

Leave a Reply

Back to top button