Himpunan Solidariti Akidah: Polis Bakal Siasat NGO Islam Berhimpun Pertahan Akidah
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 24 Februari 2022 – Menggunakan alasan pelanggaran SOP, pihak polis memaklumkan akan menjalankan siasatan terhadap semua pihak yang terlibat dengan Himpunan Solidariti Akidah yang dianjurkan oleh Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) pada Isnin, 21 Feb 2022.
Menurut laporan, kesemua mereka disyaki melanggar SOP COVID-19.
BACA: Murtad: Negara Dipimpin Umat Islam, Tapi Di mana Pemimpin Islam?! – Hj Aminuddin
BACA: Ayah Sendiri Minta Kami Pertahan Keislaman Anak-Anaknya – Mufti Perlis
BACA: Perlis perlu murtadkan 3 Kanak-Kanak – Ramkarpal
Ia sebagaimana yang dijelaskan oleh Ketua Polis Daerah Sentul Beh Eng Lai, yang turut mengesahkan siasatan dibuka terhadap kumpulan berkenaan dan beberapa individu yang terlibat dalam himpunan tersebut.
Perhimpunan yang dihadiri oleh ratusan kepimpinan NGO untuk menyatakan solidariti dan kegusaran mereka mengenai nasib akidah ketiga-tiga anak Loh Siew Hong, seorang ibu beragama Hindu yang mana anak-anaknya telah diislamkan secara sepihak oleh bapa mereka, seorang mualaf.
Mengikut dokumentasi dan kenyataan oleh para saksi dan pihak penjaga mereka, ketiga-tiga anak-anak tersebut memeluk Islam atas kerelaan mereka sendiri tanpa sebarang paksaan.
Isnin baru-baru ini, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan habeas corpus Loh Siew Hong bagi mendapatkan semula hak penjagaan ke atas tiga anaknya.
Loh yang dikatakan menghilangkan diri selama lebih tiga tahun, muncul dengan bantuan beberapa NGO dan parti politik untuk mendapatkan kembali hak penjagaan ke atas anak-anak beliau yang selama kehilangannya dijaga oleh wakil Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan.
Kes ini kemudiannya menjadi kontroversi apabila semakin ramai pihak bukan Islam mengeluarkan pelbagai bentuk tohmahan dan fitnah ke atas wakil penjaga sementara keluarga tersebut dan Jabatan Agama Islam Perlis yang dikatakan melindungi mereka.
Kes ini akan disiasat mengikut peraturan 17 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah dalam Kawasan Tempatan Dijangkiti) 2021 kerana berkumpul dalam jumlah besar dan melanggar SOP.
Penganjur yang terbabit dengan himpunan tersebut akan dipanggil dalam masa terdekat.