Tempatan

Benar, Kenyataan Asri Menyemarakkan Sentimen Perkauman – Siti Kasim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Mac 2022 – Siti Kasim, peguam, dalam sebuah ciapannya baru-baru ini menyokong penulisan Dr Tajuddin Rasdi yang mendakwa kenyataan Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyemarakkan sentimen perkauman dan agama di Malaysia.

“Kenyataan Asri dapat dilihat sebagai menyemarakkan sentimen perkauman dan keagamaan di negara ini…Sangat benar. @realDrMAZA apa komen anda?” Ujar Siti Kasim dalam ciapannya.

Beliau turut memetik dari penulisan tersebut sebuah kenyataan yang menyatakan seolah-olah Mufti Perlis itu telah menggantikan tempat Dr Zakir Naik untuk “membuat kenyataan perkauman”.

“Pihak berkuasa sudah menghalang (Zakir) Naik dari berucap, tapi nampaknya Asri sudah menggantikan tempatnya dalam membuat kenyataan perkauman.” Berikut petikan yang dipetik Siti Kasim.

Penulisan yang diulas oleh Siti Kasim tersebut adalah sebuah penulisan oleh Dr Tajuddin Rasdi di laman Free Malaysia Today berjudul “Stop Wearing Mufti’s Hat”.

Dr Tajuddin, seorang pensyarah bidang arkitek, menyatakan Dr Asri menunjukkan penerimaan yang kurang terhadap pemimpin-pemimpin India seperti Waytha Moorthy, P. Ramasamy dan M. Kulasegaran berkenaan isu Zakir Naik.

“Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menunjukkan penerimaan yang kurang terhadap pemimpin-pemimpin India seperti P. Waytha Moorthy, P. Ramasamy dan M. Kulasegaran apabila dia menasihatkan mereka untuk tinggalkan Malaysia jika kalah debat dengan Naik,” kata pensyarah tersebut.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: