Tempatan

Penukaran Secara Sepihak Bertentangan dengan Perlembagaan – Pusat Perkhidmatan Hindu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

AHAD, 20 Februari 2022 – Pengerusi Pasukan Bertindak Indira Gandhi (Ingat) Arun Dorasamy menempelak kerajaan kerana gagal memastikan undang-undang penukaran agama sepihak yang bertentangan dengan Perlembagaan dimansuhkan di semua negeri.

BACA: Ceroboh Tanah Organisasi Islam, Kuil Minta Pampasan – Wan Asshima Kamaruddin

BACA: Sami India Seru Bunuh Umat Islam Dalam Sidang Kemuncak

BACA: Pelampau Hindutva Berpesta Hancurkan Kubur Umat Islam

“Selepas perintah Mahkamah Persekutuan 2018 mengenai kes Indira Gandhi, sepatutnya ada agensi untuk pergi ke semua negeri ini dan meminta agensi negeri masing-masing untuk memansuhkan dan meminda enakmen ini yang bercanggah dengan Perlembagaan, tetapi mereka tidak berbuat demikian.”

Beliau yang juga merupakan Pengerusi Pusat Perkhidmatan Hindu merasakan Kerajaan Persekutuan seperti mahu lepas tangan dalam isu ini.

“Jadi, kerajaan Persekutuan nak tutup sebelah mata. Peranan kerajaan Persekutuan adalah untuk memansuhkan undang-undang ini. Mengapa mereka tunggu? Apa yang mereka tunggu? Krismas?”

Beliau kesal kerana masih terdapat kira-kira sembilan negeri di Malaysia, yang masih membenarkan penukaran agama sepihak berdasarkan enakmen Syariah yang membenarkan penukaran secara sepihak.

“Mereka ada lebih daripada empat tahun sekarang untuk membetulkan semua perkara ini tetapi kita masih ada lebih sembilan negeri yang masih membenarkan penukaran agama unilateral.”

Justeru, Arun Dorasamy mencadangkan agar Loh Siew Hong memberikan keutamaan untuk membatalkan penukaran agama anak-anaknya terlebih dahulu.

Menurut perkongsian oleh Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Perlis tidak pernah memaksa sesiapa untuk memeluk Islam, bahkan pada 2015 Perlis telah mengeluarkan sebuah fatwa yang telah diiktiraf sebagai yang paling harmoni dalam negara ini.

Mufti Perlis merujuk sebuah fatwa yang telah digazetkan oleh Jawatankuasa Fatwa Perlis pada bulan Julai 2015 yang menegaskan bahawa hak penjagaan anak-anak tidak boleh dinilai hanya berlandaskan kepada agama salah seorang daripada ibu atau bapa yang memeluk Islam, tetapi hak penjagaan diserahkan kepada salah seorang yang lebih menjamin kebajikan anak itu.

Mufti itu turut mendedahkan, anak-anak itu yang kini di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Perlis sudah mahir mengaji al-Quran dan memakai hijab selain mereka sendiri mahu memeluk agama Islam bahkan sebelum ayah mereka, Nagashwaran Muniandy memeluk Islam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: