Tempatan

Kerajaan Harus Saman Peniaga Di Lampu Isyarat – Persatuan Penjaja

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 24 Februari 2022 – Presiden Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Malaysia, Datuk Seri Rosli Sulaiman menggesa kerajaan supaya menyelesaikan isu peniaga yang menjual di lampu isyarat dengan berhemah.

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan
BACA: Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini – Lee Yoon Yeau
BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Katanya, kerajaan harus melibatkan penguatkuasaan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Imigresen Malaysia, selain tindakan saman oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana hal ini semakin hari semakin berleluasa.

“Ini kerana kita tidak tahu siapa yang menjual dekat lampu isyarat ini sebab ada dalam kalangan mereka yang bukan warganegara Malaysia,” jelasnya.

Beliau menegaskan tindakan saman wajar dikeluarkan kerana perniagaan tersebut membahayakan penjual dan pengguna jalan raya.

“Kita tidak menggalakkan peniaga menjual di mana-mana lampu isyarat di Malaysia kerana ini bukan budaya kita. Kalau mereka mahu berniaga, kena cari tempat yang sesuai. Kita takut berlaku kemalangan,” katanya lagi.

Tidak mahu menjadikan perniagaan di jalanan menjadi budaya, beliau sekali lagi bertegas meminta kerajaan proaktif dalam menangani kegiatan ini kerana jualan ini turut memberi kesan kepada trafik kerana aliran lalu lintas akan menjadi perlahan.

“Jangan kita ikut seperti Indonesia. Di lampu isyarat mereka pelbagai jualan ada. Ada tisu, keropok dan macam-macam lagi,” ujarnya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: