Tempatan

Puting Beliung, Ribut Petir Dan Angin Kencang Sehingga Mac – Jabatan Meteorologi

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 24 Februari 2022 – Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah memaklumkan, kejadian ribut petir dan angin kencang yang berlaku kini dijangka berlarutan sehingga awal Mac ini.

Fenomena itu didorong faktor angin timuran dari Lautan Pasifik lembap yang sedang bertiup masuk ke rantau negara.

Ujarnya, kejadian itu menyebabkan pembentukan awan lebih mudah terjadi, sekaligus menyebabkan berlaku ribut petir dan angin kencang.

“Ada masanya berlaku tumpuan angin di kawasan tertentu yang menyebabkan ribut petir menjadi lebih ekstrem sehingga menghasilkan hujan batu dan puting beliung.”

Pada 21 Februari baru-baru ini, kira-kita 70 kediaman di daerah Melaka Tengah serta Durian Tunggal, Alor Gajah terjejas berikutan kejadian ribut serta hujan lebat yang berlaku pada lewat petang hari itu.

Pada hari yang sama juga, lima kawasan di Dengkil turut terjejas akibat ribut kira-kira jam 5.30 petang menyebabkan infrastruktur awam selain 18 kenderaan dihempap pokok.

Kejadian sama berlaku pada Ahad di Ipoh menyebabkan menara stesen pemancar telekomunikasi setinggi 30 meter tumbang dan menghempap sebuah kabin di perumahan Seri Palma, Bandar Seri Botani.

Dua hari lepas pula, tular sebuah video memaparkan kejadian sekumpulan pekerja penyelenggaraan yang berada dalam kren gondola terhayun dengan kuat beberapa kali ketika ribut di sebuah bangunan di Jalan Kemuning.

Video berdurasi 2.32 minit yang tular di media sosial itu memaparkan kren gondola dinaiki beberapa pekerja penyelenggaraan terhayun dengan kuat dan hilang kawalan serta menghentam struktur bangunan.

Tiada kejadian buruk berlaku dan mangsa-mangsa yang tersangkut pada gondola itu telah berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: