Tempatan

Penganggur, Rakan Ditahan Kerana ‘Membakar’ Budak 15 Tahun di Terengganu

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TERENGGANU, 25 Julai 2022 – Seramai 3 orang penganggur berserta 3 lagi pekerja kilang ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana dipercayai telah menyalakan api pada seorang remaja berumur 15 tahun di Kampung Perasing Jaya, Kemaman.

“Tiga daripada mereka ialah pekerja kilang, manakala lagi tiga orang menganggur. Siasatan awal mendapati salah seorang suspek, berusia 28 tahun, ada rekod lampau berkaitan dadah,” jelas Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Hanyan Ramlan.

Menurut pihak PDRM lagi, suspek yang berusia dalam lingkungan 18 ke 28 tahun tersebut sedang disiasat atas kesalahan cubaan membunuh.

Lapor The Star, remaja berumur 15 tahun tersebut mendakwa dia ‘dibakar’ oleh rakan-rakannya kerana dituduh mencuri wang sebanyak RM 100.

Mangsa yang mengalami melecur 40% di bahagian leher dan belakang dilaporkan dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan di Pahang.

Leave a Reply

Back to top button