Mesej Tular Taktik Samun Terbaru Penyamun Tidak Benar
KUALA LUMPUR, 13 Februari 2023 – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mengenai mesej yang ditularkan kononnya terdapat taktik baru dalam jenayah samun dengan cara meletakkan telefon bimbit dan menyalakan lampu kamera di atas jalan raya.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengesan penyebaran mesej tular di media sosial yang mendakwa kononnya terdapat taktik baru dalam jenayah samun.”
“Mesej mendakwa penyamun akan meletakkan telefon dalam keadaan lampu menyala di atas jalan raya bagi menarik perhatian mangsa supaya berhenti mana-mana mangsa yang berhenti untuk mendapatkan telefon berkenaan, seterusnya akan disamun.”
“PDRM mengesahkan bahawa tiada laporan polis diterima mengenai modus operandi sedemikian,” tegas Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan.
BACA JUGA: PDRM Wajar Siasat Agenda Arun Doraisamy
BACA JUGA: Adun DAP, Timbalan Speaker DUN Pahang Disaman Polis Langgar Undang-Undang Jalan Raya
BACA JUGA: Polis Buru Individu Terlibat ‘Rusuhan Ipoh’
Berikutan itu, PDRM ingin menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan mesej-mesej berita palsu yang boleh mendatangkan ketakutan dan kegusaran kepada masyarakat.
“Mana-mana pihak yang menyebarkan mesej atau berita palsu boleh diambil tindakan di bawah undang- undang yang berkuat kuasa,” tegas beliau lagi.