Tempatan

Ugut Bunuh TMJ, Ini Respons TMJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

JOHOR BAHRU, 29 November 2021 – “Sila,” ini respons Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar kepada individu yang menggugut mahu membunuh baginda.

Jawapan itu diciap baginda selepas seorang pengguna Twitter dengan nama @GGnaz031 menciap,

“@HRHJohorII hati-hati ada yang nak bunuh kau.”

6-GNAZ-02-on-Twitter-HRHJohorII-hati-hati-ada-yang-nak-bunuh-kau-Twitter.png?resize=523%2C209&is-pending-load=1#038;ssl=1

Beberapa pengguna akaun menyatakan bahawa akaun Twitter yang tersebut adalah akaun palsu.

“Fake account tu nak kenakan orang. siap letak no phone letak alamat rumah. mana pernah dibuat manusia letak detail semua kat bio. akaun pun baru create.”

“Tak rasa tu dia. Ape giler bukak akaun letak alamat dalam bio. Dah la akaun baru bukak Nov 2021,” tambah seorang lagi pengguna akaun Twitter.

Tinjauan Samudera.my mendapati majoriti pengguna media sosial yang membalas ciapan berbentuk ugutan itu mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan terhadap @GGnaz031.

Mereka juga berang dengan pemilik akaun tersebut yang disifatkan sebagai biadap.

“Ampun tuanku. Harap pihak berkuasa boleh tangkap mereka yang biadap dengan Raja-Raja dan Sultan.”

“Ini bukan budaya orang malaysia. @PDRMsia mohon ambil tindakan,” kata @inderasakti_kl.

“Mohon @PDRMsia @PolisJohor @McmcReact @MCMC_RASMI pantau acc ni & mengambil tindakan dengan segera, terima kasih,” ciap @akmlhkim82.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: