Tempatan

Pegawai Polis Boleh Berhentikan Dan Tahan Mana-Mana Orang Yang Disyaki

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

JOHOR BAHRU, 16 Mei 2022 – Seksyen 24 (1) (a) Akta Polis menyatakan dengan jelas bahawa mana-mana pegawai polis boleh memberhentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.

Kenyataan ini dikeluarkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, YDH Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) Rupiah binti Abd Wahid selepas tular video orang awam tidak berpuas hati ditahan pihak polis pada 14 Mei 2022.

“Lebih kurang 1760 hrs, anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Taman Ungku Tun Aminah telah menahan dan membuat pemeriksaan terhadap seorang individu yang menaiki sebuah kereta jenis Hyundai Elantra di tepi Jalan Pendekar 16, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.”

“Individu tersebut juga telah dibawa ke balai polis Taman Ungku Tun Aminah untuk pemeriksaan lanjut dan telah dibebaskan sejurus selesai pemeriksaan itu,” ujar ACP Rupiah dalam Facebook Polis Daerah Johor Bahru Utara.

Katanya lagi, berikutan tular video orang awam yang tidak berpuas hati ditahan pihak polis, beliau menegaskan bahawa Akta Polis 1967 dengan jelas menyatakan bahawa mana-mana pegawai polis boleh memberhentikan dan menahan mana-mana orang yang disyaki untuk pemeriksaan.

Selain itu, di bawah Seksyen 7 (1) Akta Pendaftaran Negara 1959 menyatakan bahawa mana-mana pegawai polis menjalankan tugas diberi kuasa secara bertulis boleh memeriksa kad pengenalan mana-mana orang.

Oleh itu, pihak polis menyeru orang ramai supaya berhati-hati dan berhemah ketika memberikan komen atau menularkan cerita tanpa kesahihan di media sosial.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: