Tempatan

Sindiket Penipuan Pinjaman Wang Dan Akaun Keldai Sasar Golongan Muda

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 27 September 2022 – Golongan muda, khususnya pelajar dan belia adalah golongan yang disasarkan dalam menjadi mangsa dalam urusan pinjaman wang serta sindiket akaun keldai pada masa akan datang, menurut jangkaan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

PDRM menerusi kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani juga menyatakan bahawa sindiket penipuan dalam talian tersebut akan meneruskan modus operandi yang sama namun cenderung untuk menyasarkan orang muda sebagai sasaran.

Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani juga mengatakan bahawa antara punca peningkatan kes jenayah komersial adalah kelicikan penjenayah siber dalam mengambil peluang terhadap perubahan teknologi serta kreativiti dalam menjalan pelbagai modis operandi baharu.

“Selain itu, kesedaran masyarakat mengenai jenayah siber yang masih berada pada tahap yang sederhana turut dikenal pasti antara punca peningkatan kes jenayah tersebut,” ujarnya lagi ketika merasmikan pameran maya Jenayah Kewangan: Semak Sebelum Diperdaya yang dijalankan di Facebook Muzium dan Galeri Seni Bank Negara pada hari semalam.

Beliau juga mengakui bahawa terdapat keperluan bagi menyebar luas ilmu pengetahuan kepada masyarakat agar mereka dapat menghindar daripada menjadi mangsa kepada aktiviti jenayah penipuan dalam talian ini.

Dalam usaha membendung kes-kes jenayah sebegini, PDRM juga telah membuat kerjasama dengan institusi perbankan bagi mempercepatkan penyiasatan khususnya bagi kes-kes yang melibatkan penggunaan keldai akaun.

Menurut beliau lagi, sejak tahun 2019 hingga Julai lalu, seramai 33,147 suspek kes penipuan siber telah berjaya ditangkap dan 22,196 kes jenayah atas talian telah dapat dituduh di mahkamah.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: