Tempatan

Kanak-kanak Makan Sisa Tong Sampah, Punca Maut Dalam Siasatan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR SETAR, 17 Februari 2022 – Punca kematian dua beradik warga Myanmar yang maut selepas didakwa memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa di Langkawi pada Ahad lepas masih belum diketahui, kata Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Polis (ACP) Shariman Ashari.

Bedah siasat telah dijalankan ke atas mayat Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, di Hospital Sultanah Bahiyah dari 10 pagi hingga 3.15 petang pada 15 Februari yang lalu.

“Punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan sedang menunggu analisis lanjut (kimia). Polis akan merujuk kepada Jabatan Kimia Pulau Pinang untuk mendapatkan hasil penemuan berkaitan kematian dua beranak itu.

“Siasatan masih diteruskan dan polis terpaksa menghubungi jurubahasa kerana bapa kepada dua mangsa tidak fasih berbahasa Melayu,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Siasatan awal mendapati bapa kepada dua kanak-kanak tersebut melihat kedua-duanya berada berhampiran tong sampah dalam keadaan terhuyung-hayang dan mulut berbuih sebelum membawa kedua-dua mereka ke rumah jiran berdekatan. Beberapa minit kemudian, kedua-dua kanak-kanak tersebut didapati tidak bernafas sebelum menghubungi pihak polis.

Maklumat mendedahkan, bapa kanak-kanak yang berusia 36 tahun itu bekerja mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan kerja kampung selain mereka tiada kediaman tetap dan hanya menumpang di rumah jiran.

Bapa kepada mangsa itu ditahan pada 12.05 pagi, Isnin (14 Februari) dan kini direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut polis.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: