Tempatan

Sekolah Vernakular Alat Untuk Membelakangkan BM Secara Halus – CIJ

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Februari 2023 – Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari menyatakan bahawa sekolah Vernakular telah dijadikan alat secara halus untuk membelakangkan Bahasa Melayu oleh golongan-golongan rasis.

“DAP ka, MCA ka, GERAKAN ka, semua jenis RASIS dan mahu membelakangkan Bahasa Melayu secara halus melalui pendidikan di SEKOLAH VERNAKULAR.”

BACA JUGA: Bekas Ahli UMNO Masuk PH, Zahid Tegas Belum Ada Perbincangan

BACA JUGA: Nabi Adam AS Ada Intellectual Capacity Untuk Terima Wahyu & Ajaran

BACA JUGA: Adun DAP, Timbalan Speaker DUN Pahang Disaman Polis Langgar Undang-Undang Jalan Raya

Oleh itu, beliau mempersoalkan apakah masih belum percaya atau tidak nampak apa yang diberikan kepada sekolah Vernakular, sekolah yang disahkan sebagai bukan badan awam atau lebih tepat adalah swasta.

Tambah beliau, ianya boleh dilihat daripada dana-dana yang hampir berbilion diberikan semata-mata mahu sekolah Vernakular beroperasi seperti dana untuk pembangunan sekolah, gaji guru-guru yang dibayar oleh Kerajaan, buku teks tajaan Kerajaan, dana khas tahunan, dan bantuan dana tahunan kepada sekolah-sekolah Vernakular.

“Kita dah ada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Menengah Kebangsaan, buat apa lagi sekolah swasta diberi peruntukan duit rakyat?!!!” tempelak Cikgu Izzat Johari.

Beliau juga merasakan rakyat Malaysia hanya dianggap bodoh sahaja oleh kesemua parti Melayu sama ada UMNO, PAS, BERSATU, PKR ataupun PAN.

“Semuanya adalah balaci kepada DAP, MCA dan GERAKAN. Lagi nak bukti???”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker