Tempatan

Mengapa Perlu Beza-Bezakan Silibus Bahasa Melayu Di Sekolah Kebangsaan Dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan? – YB Wan Ahmad Fayhsal

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Saya agak terkejut membaca keluhan Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) berhubung bank soalan Bahasa Melayu untuk Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA).

Alasan pertama: ianya bertentangan dengan prinsip pendidikan.

Alasan kedua: waktu belajar subjek BM di SK dan SRJK berbeza. Masa pengajaran dan pembelajaran untuk kedua-dua tahap pertama dan tahap kedua BM di Sekolah Kebangsaan lebih 32 jam berbanding pengajaran dan pembelajaran BM di SRJK.

Persoalannya: mengapa perlu beza-bezakan soalan BM untuk SK dan SRJK walhal kurikulum pengajian bahasa di peringkat asas menuntut kepada silibus yang sama seperti yang telah diputuskan oleh Kementerian Pendidikan?

Apakah ada perbezaan prinsip dan matlamat pendidikan yang Jiao Zong perjuangkan sehingga menuntut kepada bukan saja perbezaan bank soalan malah buku teks yang berlainan?

Bukankah pengajaran dan pembelajaran BM di peringkat asas adalah sama untuk semua pelajar di peringkat itu tidak kira di SK ataupun SRJK?

Mengapa waktu pengajaran dan pembelajaran BM di SRJK 32 jam lebih pendek berbanding SK?

Bukankah patut digandakan masa pengajaran dan pembelajaran BM agar penguasaan BM di kalangan pelajar SRJK menjadi lebih baik dan fasih?

Jiao Zong perlu akur dengan dasar Kementerian Pendidikan bahawa proses pendidikan di negara kita turut merangkumi usaha menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum, agama melalui penggunaan Bahasa Melayu yang betul dan meluas.

Kita tidak boleh membeza-bezakan silibus yang ada kerana kita ingin melahirkan warganegara Malaysia yang punya kefahaman yang sama tentang negara bangsa Malaysia.

Keluhan Jiao Zong ini tidak membantu dalam usaha memupuk perpaduan nasional di peringkat paling asas iaitu peringkat persekolahan anak-anak kita.

Kita mahu lebih ramai pelajar-pelajar SRJK menguasai Bahasa Melayu dengan baik dan fasih kerana ianya akan membantu kebolehpasaran para pelajar SRJK dan juga mengukuhkan usaha SRJK menjayakan perpaduan nasional.

Saya berharap pihak Kementerian Pendidikan tidak tunduk dengan tekanan Jiao Zong.

Kementerian Pendidikan perlu kekal teguh dengan dasar yang menggunakan hanya satu kurikulum dan sukatan pelajaran untuk apa-apa subjek, khususnya yang ada unsur pembentukan negara bangsa. Pada masa yang sama Kementerian Pendidikan perlu bersedia membantu dalam apa jua cara dalam memudahkan dan memperkasakan pengajaran dan pembelajaran BM di SRJK.

“BAHASA JIWA BANGSA”

YB WAN AHMAD FAYHSAL BIN WAN AHMAD KAMAL
AHLI PARLIMEN MACHANG

Pautan Asal: FB Wan Ahmad Fayhsal (embed link ni: https://m.facebook.com/100054056748124/posts/pfbid02j8SJVzn39WG3BnDoVgemirLqaiSdfJXMWALyBHRAfyAu2QraRrA4gymaEzaQ8Nycl/?d=n&mibextid=qC1gEa)

Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: