Diskaun Saman Trafik CNY 13 dan 14 Januari Ini
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
ALOR GAJAH, 12 Januari 2023 – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan diskaun kadar saman trafik sempena Tahun Baru Cina bermula 13 hingga 14 Januari ini.
Menerusi hebahan yang dikongsi di laman Twitter, kaunter semakan dan bayaran saman dibuka di Restoran Jejantas Air Keroh (Arah Selatan) Lebuhraya PLUS seawal jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.
Pengurangan diberikan sehingga 50 peratus untuk semua jenis saman kecuali kesalahan tidak boleh kompaun (NC), kesalahan status perbicaraan (m), kesalahan berkaitan kenderaan berat (β), saman pengubahsuaian ekzos (ё), memotong secara bahaya (potong Q), saman kemalangan, memotong di garisan berkembar, kesalahan menggunakan lorong kecemasan dan kesalahan jalan semasa lampu isyarat merah.
BACA JUGA: Tanah Madai Baturong: MHO Serah Memo Ke SPRM Bela Nasib Penduduk Teraniaya
BACA JUGA: Pengguna Punca Harga Makanan Tinggi, FOMCA Mohon Menteri Dengarkan Rakyat
BACA JUGA: Haram Lakon Watak Malaikat, Buka Ruang Hina Islam
Penawaran diskaun saman ini juga merupakan salah satu aktiviti dalam Mini Karnival Pelancaran Op Selamat 19 Sempena Tahun Baharu Cina 2023 selain pameran aset-aset PDRM.
Dalam pada itu, terdapat beberapa tarikan lain seperti:
i. Gerai Jualan FAMA,
ii. Mini Zoo Melaka,
iii. Pameran Pelancongan Negeri Melaka,
iv. Pameran Kebudayaan Negeri Melaka,
v. Gerai Jualan PERKEP JSPT Bukit Aman dan Kontinjen Melaka,
vi. Gerai Jualan Food Truck,
vii. Pameran Campervan,
viii. Pameran dan Jualan Motosikal Ducati,
ix. Pameran dan Jualan Motosikal Harley Davidson.