Tempatan

Pengasas Sunway Group Mahu Bahasa Inggeris Diperkasa

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 September 2022 – “Kurang fasih berbahasa Inggeris mungkin menjadi halangan utama dalam usaha membina Malaysia yang makmur,” kata Pengasas dan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr Jeffrey Cheah dalam satu surat terbuka bersempena Hari Kebangsaan Ke-65 baru-baru ini.

Hal ini kerana menurutnya, Bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan dan perniagaan, dan Malaysia merupakan sebuah negara perdagangan.

Ujarnya lagi, lebih banyak bahasa yang dikuasai rakyat Malaysia, lebih banyak peluang yang boleh mereka terokai dalam dunia globalisasi.

Selain itu, beliau turut menuntut pembaikan besar-besaran dalam sistem pendidikan Malaysia. Jika tidak, “Kita akan menghukum anak-anak kita dan negara kita kepada masa depan kemiskinan dan kesengsaraan.”

Katanya lagi, “Dalam dunia global, persaingan yang dihadapi oleh anak-anak kita bukan sahaja datang dari pelajar di meja sebelah, tetapi dari jauh di luar sempadan kita.”

Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim sebelum ini pernah menegaskan agar “Jangan menakut-nakutkan rakyat bahawa negara ini akan jatuh ranap di mata dunia semata-mata kerana memartabatkan Bahasa Melayu.”

“Tak ada negara yang jatuh lantaran menegakkan bahasa kebangsaannya, tapi memang boleh jatuh kalau golongan kleptokrat terus berkuasa,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: