Tempatan

Pasang Lampu Rumah Sebelum Balik Kampung Undang Pencuri

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 04 Februari 2022 – Ketua Penolong Pengarah Risikan/Operasi/Rekod Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner S. Shanmugamoorthy berpesan supaya pemilik rumah lebih berhati-hati sebelum pulang ke kampung bagi mengelakkan kejadian pecah rumah.

Beliau turut berpesan bahawa taktik yang sering digunakan, iaitu dengan membiarkan lampu rumah terpasang, sudah tidak boleh dipakai lagi.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Ada pemilik rumah yang memasang lampu mengaburi mata penjenayah kononnya ada orang di rumah namun penjenayah kini makin bijak, kalau ada orang di rumah, lampu tidak akan dipasang siang-siang hari,” ujar beliau kepada Utusan Malaysia.

Menurut beliau lagi, antara langkah yang paling selamat sebelum pulang ke kampung adalah dengan melaporkan ke balai polis berhampiran supaya pihak polis dapat membuat rondaan semasa ketiadaan pemilik rumah.

“Seeloknya mereka yang ingin meninggalkan rumah melaporkan ke balai polis berhampiran bagi memudahkan kita melakukan rondaan,” tegas beliau.

Selain keselamatan rumah daripada bencana, pemilik rumah juga perlulah membuat persiapan yang rapi daripada berlakunya jenayah pecah rumah sebelum meninggalkan kediaman dalam jangkamasa yang lama.

Kesemua persiapan ini, walaupun kelihatan leceh, dapat menyelamatkan pemilik rumah daripada sebarang kerugian yang lebih besar pada masa akan datang.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: