Tempatan

Tekan GLC Gunakan BM, Malang Jika Berterusan Gunakan BI

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 29 September 2022 – Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) perlu diberi tekanan supaya menggunakan Bahasa Melayu kerana amat malang sekali sekiranya membiarkan mereka terus-terusan menggunakan Bahasa Inggeris.

Demikian pandangan Pakar Sejarah, Profesor Datuk Dr Wan Hashim Wan Teh berkenaan usaha untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Tambah beliau, tekanan perlu diberi kepada GLC supaya menggunakan Bahasa Melayu dalam urusan seharian terutamanya dalam minit-minit mesyuarat.

Selain itu, Profesor Datuk Dr Wan Hashim juga menyeru semua pihak meneruskan usaha-usaha lain untuk memartabatkan Bahasa Melayu yang juga bahasa kebangsaan.

“(Ini termasuk) bagaimana kita nak mewujudkan pendidikan satu aliran.”

Profesor Datuk Dr Wan Hashim juga menyentuh tentang integrasi kaum di Malaysia, di mana ianya boleh dianggap berjaya terutama dalam kerjasama politik.

Kerjasama yang terbentuk dalam politik antara kaum adalah unik, meskipun banyak percaturan dan pergeseran, namun ia masih meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara bangsa yang mantap, jelas beliau.

Sebelum ini, pelbagai usaha diwujudkan untuk memartabatkan bahasa kebangsaan Malaysia seperti surat-menyurat rasmi dalam dan luar negara oleh semua agensi Kerajaan sama ada untuk menghantar atau membalas hendaklah menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya.

Di samping itu, hukuman denda tidak melebihi RM50,000 ataupun dihukum penjara dicadangkan melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959 kepada individu yang tidak menghormati Bahasa Melayu, menurut Profesor Datuk Seri Dr Awang Sariyan, Pengerusi Jemaah Pengelola DBP.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: