Pendapat

Pelantikan Ketua Polis Negara Baru Sah – Datuk Prof Madya Dr Wan Ahmad Fauzi

Jangan lupa sertai Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

Pelantikan IGP baharu sah

Lantikan ke jawatan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Bador tidak melanggar Akta Polis 1967 (Akta 344).

Pakar Perlembagaan yang juga Pengarah Institut Tamadun & Kajian Strategik UMP, Datuk Profesor Madya Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain menjelaskan, “peruntukan Seksyen 15 Akta Polis 1967 tidak terpakai bagi jawatan Ketua Polis Negara.

Seksyen 15 Akta itu hanya terpakai bagi pegawai atau anggota selain daripada Ketua Polis Negara.

Perenggan kedua Seksyen 15 perlu dibaca bersama-sama.

Jika ada pihak yang ingin tafsirkan Seksyen 15 itu terpakai kepada IGP maka perlu diluaskan tafsiran bahawa Ketua Polis Negara boleh bersara atau letak jawatan dengan syor Suruhanjaya Pasukan Polis di bawah Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan.

“Suruhanjaya Pasukan Polis boleh dapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi maksud sedemikian, apatah lagi status IGP yang akan menamatkan kontrak juga menjadi persoalan adakah itu dalam takrifan bersara”.

Dalam pelantikan di bawah Suruhanjaya ini, Yang di-Pertuan Agong perlu berunding dan bertindak di atas nasihat Perdana Menteri.

Profesor Madya Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi Wan Husain adalah Pengarah Institut Tamadun dan Kajian Strategik, Universiti Malaysia Pahang (UMP).

*Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my*

Leave a Reply

Back to top button