PRU-15

PRU-15: 2,053 Anggota Polis Digerakkan Ke 31 Parlimen Sarawak

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUCHING, 17 November 2022 – Seramai 2,053 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sarawak digerakkan ke 31 kawasan Parlimen di seluruh Sarawak bagi memastikan hari pengundian Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) Sabtu ini berjalan lancar.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, anggota selebihnya akan bertolak dari formasi masing-masing.

“Semua petugas perlu berada seawal tiga hari sebelum hari kejadian iaitu pada 19 November 2022,” katanya pada pelancaran Flag Off Bantuan Sumber Manusia di IPK Sarawak pada Rabu lalu.

Katanya, daripada jumlah tersebut, seramai 1,272 pegawai rendah polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion ke-11, Pusat Latihan Polis (Pulapol) Kuching, dan Pasukan Polis Marin (PPM).

Mengulas lanjut Azman berkata, kesemua anggota berkenaan akan ditempatkan di 28 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan-kawasan terlibat dan akan diberikan taklimat oleh Ketua Polis Daerah berhubung penugasan selain ditugaskan sebagai petugas PRU-15 di seluruh daerah di Sarawak.

“Antara penugasan adalah menjaga peti undi dan menjumlah undi dan seterusnya mengawal keselamatan di tempat-tempat itu.”

Jelasnya, perancangan dan pengurusan sumber manusia yang baik oleh semua peringkat akan melancarkan penugasan yang bakal dilaksanakan nanti.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua anggota yang terlibat supaya melengkapkan diri sepenuhnya dari segi mental dan fizikal serta pengetahuan undang-undang sebagai bekalan menjalankan tugasan di lapangan.

“Pegawai dan anggota juga diingatkan agar mengekalkan tahap kesihatan semaksimumnya serta mempamerkan tahap disiplin yang tinggi semasa menjalankan tugas,” katanya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: