Tempatan

Naikkan Harga Atau Tiga Juta Telur Tiada Ramadhan Ini — Lee Yoon Yeau

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

ALOR GAJAH, 09 Februari 2022 – “Sekiranya kerajaan tidak melaksanakan subsidi iaitu menaikkan harga kepada 40 sehingga 42 sen sebiji, pengeluaran telur akan terus terjejas sehingga tiga juta biji sehari, termasuklah pada Ramadan depan,” dakwa Timbalan Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Lee Yoon Yeau.

Yoon Yeau berkata, pengurangan sehingga 10 peratus itu berpunca daripada peningkatan kos termasuk pembelian dedak import yang tidak seimbang dengan harga pasaran sebiji telur di bawah kawalan Skim Harga Maksimum Keluaraga Malaysia (SHMKM).

BACA: Syarikat Bumiputera Mengaku Salah Tuduhan Bekal Minyak Masak Berlebihan

BACA: Seleweng Ribuan Minyak Masak Subsidi Untuk Sembah Berhala, KPDNHEP Tumpas Sindiket

BACA: Harga Barang Dijangka Naik Selepas Tahun Baru Cina – DPMM

Menjelaskan dengan lebih terperinci, beliau berkata, secara purata negara memerlukan antara 30 hingga 31 juta biji telur sehari yang dikeluarkan oleh 1,500 penternak.

“Kekurangan bekalan itu juga disebabkan jumlah ayam telur di ladang menurun kerana terpaksa dijual lebih awal bagi mengurangkan kos dedak. Selain itu, kita juga telah mengurangkan kemasukan anak ayam sehingga 20 peratus,” ujar beliau.

“Disebabkan itu, dalam tempoh beberapa bulan, kita boleh nampak trend kekurangan bekalan telur ayam dalam pasaran,” kata Timbalan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia itu.

Pada 31 Januari lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, harga telur ayam semua gred kekal seperti harga SHMKM semasa.

Di bawah SHMKM, harga runcit sebiji telur ayam di Semenanjung adalah 44 sen (Gred A), 42 sen (Gred B) dan 40 sen (Gred C) manakala harga di Sabah, Sarawak dan Labuan pula bergantung kepada kawasan.

Pelaksanaan kedua-dua harga itu berkuat kuasa bermula 05 Februari hingga 05 Jun 2022.

Leave a Reply

Back to top button