690 Bookie Judi FIFA Qatar Berjaya Ditahan Dalam Op Soga IX
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 23 Disember 2022 – Seramai 690 bookie/punter yang terlibat dengan aktiviti perjudian dan pertaruhan melibatkan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 berjaya ditahan dan direman.
Menurut Ketua Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), DCP Dato’ Hajah Noorsiah Binti Mohd Saaduddin dalam satu kenyataan media, hasil rampasan keseluruhan serbuan dan tangkapan dalam Op Soga IX bermula dari 19 November 2022 hingga 21 Disember 2022 itu meliputi:
i. Nilai had kredit di dalam perisian sebanyak RM22,353,866.27 dan Dolar Hong Kong 382,995.60;
ii. Wang tunai dan Dolar Singapura 500; berjumlah RM518,563.00;
iii. 74 unit komputer;
iv. 47 unit komputer riba;
v. Empat (4) unit tablet;
vi. 817 unit telefon bimbit;
vii. Tiga (3) unit mesin kira-kira;
viii. 28 unit modem;
ix. 24 unit router;
x. Lapan (8) unit printer;
xi. 386 keping sim kad; 120 helai kertas catitan yang mempunyai catitan disyaki pertaruhan; dan
xii. 27 keping jadual perlawanan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022
Manakala berikut pula merupakan statistik serbuan dan tangkapan yang dibuat dalam operasi itu:
“Sepanjang tempoh 19 November hingga 21 Disember 2022, sebanyak 530 kertas siasatan telah dibuka, 328 kertas siasatan masih dalam tindakan, 202 kertas siasatan telah berjaya dituduh dan 87 kertas siasatan telah disabitkan/dijatuhkan hukuman oleh mahkamah,” kata DCP Dato’ Hajah Noorsiah.
“Kesemua tangkapan merupakan bookie/punter telah direman untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan di bawah Akta Pertaruhan 1953 Dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” ujar beliau lagi.