Tempatan

Pasukan Tindakan Khas Bincang Pertukaran Agama Akan Ditubuhkan – Menteri Agama

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

TAIPING, 15 Mac 2022 – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, satu pasukan tindakan khas akan ditubuhkan bagi membincangkan dengan lebih teliti isu pertukaran agama anak di bawah umur yang membabitkan ibu bapa bukan beragama Islam.

Dalam satu kenyataan, beliau memaklumkan pembentukan pasukan gerak kerja itu perlu supaya perbincangan mengenai isu pertukaran agama anak di bawah umur ini dapat dilakukan dengan lebih mendalam dan dalam skala yang lebih kecil.

Tambah beliau, keahlian pasukan gerak kerja yang ditubuhkan susulan perbincangan meja bulat Februari lepas itu akan diputuskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bersama-sama Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM).

Justeru, isu pertukaran agama ini tidak perlu dibincangkan oleh pihak yang tidak berkaitan terutama orang politik kerana ia hanya akan mengeruhkan keadaan, tegas Datuk Idris Ahmad.

Sebelum ini beberapa ahli politik mengeluarkan kenyataan berhubung isu pertukaran agama kanak- kanak tersebut termasuk Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy, yang menurutnya jika anak-anak Loh diculik, ditukar agama tanpa keizinan dan diletakkan di bawah jagaan pihak berkuasa agama di Perlis, ini serupa dengan penculikan.

Selain itu, Nazri Aziz, Ahli Parlimen BN-UMNO Padang Rengas menyatakan ketidaksetujuannya dengan force conversion yang dilakukan oleh seorang bapa kepada anak-anaknya.

“Saya menyokong keputusan daripada mahkamah yang telah diberikan kepada ibu dan saya ingin menyatakan iaitu saya tidak setuju langsung dengan paksaan penukaran agama kanak-kanak ini.”

Leave a Reply

Back to top button