Tempatan

Zakir Naik Tidak Sensitif Kepada Amalan Toleransi Di Malaysia Dakwa P. Ramasamy

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 26 Ogos 2022 – “Dengan menggelar orang Cina Malaysia sebagai ‘tetamu’ atau ‘pendatang’ dan mempersoalkan kesetiaan penganut Hindu Malaysia, dia bukan sahaja menimbulkan kemarahan mereka tetapi juga mencarik perpaduan termasuklah dalam komuniti Melayu-Islam.”

Demikian dakwaan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkenaan kenyataan pendakwah Islam, Dr Zakir Naik ketika berucap di Kota Bharu, tiga tahun lalu.

Dr Zakir Naik seolah-olah terlepas pandang mengenai kepentingan toleransi dan menghormati sensitiviti agama di Malaysia, dakwa P Ramasamy.

P Ramasamy turut mendakwa, Dr Zakir Naik sebaliknya tidak sensitif dengan mempersendakan rakyat negara ini yang telah memberinya perlindungan sekali gus menimbulkan kemarahan ramai rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Selain itu, versi perbandingan agama Dr Zakir Naik dikatakan melibatkan kenyataan provokatif tentang agama lain yang menyakitkan hati telah mencetuskan tindak balas perkauman, dakwa P Ramasamy lagi.

Pada tahun 2019, penceramah bebas, Dr Zakir Naik memfailkan saman terhadap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy yang didakwa mengeluarkan kenyataan memfitnahnya.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dr Zakir Naik sebagai plaintif mendakwa Ramasamy sebagai defendan ada mengeluarkan dan mengaibkan beliau dalam beberapa kejadian.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: