Haji Dan Umrah: Jemaah Rugi 5.1 Juta Ditipu Agensi
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
KUALA LUMPUR, 20 Julai 2022 – Jemaah ibadah haji dan umrah tahun ini dilaporkan mengalami kerugian sebanyak RM5.1 juta selepas ditipu oleh tiga agensi pelancongan tersohor. Perkara ini didedahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) selepas menerima 121 laporan kes penipuan yang melibatkan 323 orang mangsa di sembilan buah negeri.
“Negeri yang mencatatkan kerugian tertinggi adalah di Kuala Lumpur yang mana polis menerima sebanyak 48 laporan melibatkan kerugian sebanyak RM2.07 juta.”
“Selain itu, sebanyak 30 kes dilaporkan berlaku di Selangor dengan kerugian mencecah RM956,300,” dedah Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin yang turut memaklumkan RM1.24 juta kerugian dilaporkan berlaku di Pahang.
Berhubung kes penipuan sebuah agensi pelancongan visa furada yang tular sebelum ini, Datuk Noorsiah berkongsi mengenai enam lagi laporan polis yang diterima di Kelantan, Perak dan Johor manakala, tiga kes di Kedah, dua di Negeri Sembilan, satu di Terengganu, dan satu di Pulau Pinang.
Samudera.my sebelum ini melaporkan mengenai kira-kira 380 orang jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dipercayai menjadi mangsa penipuan agensi pelancongan tersebut.