Tempatan

Tidak Cukup Jual Minuman Keras Seludup, Cuba ‘Suap’ Polis Pula

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 29 Jun 2022 – Suapan sebanyak RM 25,000 cuba diberikan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), oleh dua beradik yang ditahan PDRM kerana disyaki menjual minuman keras tanpa cukai.

Dalam serbuan pada pagi Selasa, dua beradik dalam lingkungan 40-an tersebut ditahan di premis perniagaan mereka dalam sebuah operasi yang dijalankan pihak PDRM.

Awani melaporkan, cubaan menyogok pihak berkuasa tersebut adalah supaya mereka dilepaskan daripada dikenakan sebarang tindakan di bawah Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967.

Dua beradik yang juga dipercayai ahli sindiket penyeludupan minuman keras kemudiannya ditahan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Datuk Alias Salim, Pengarah SPRM Selangor turut memaklumkan bahawa kes disiasat di bawah Seksyen 17(b) Akta SPRM 2009.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: