Tempatan

Penduduk Warga Asing Meningkat 3 Juta Dalam Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 01 Ogos 2023 – Penduduk bukan warganegara telah meningkat sebanyak 3 juta orang tahun ini berbanding hanya 2.5 juta pada tahun lalu.

Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah penduduk Malaysia dianggarkan seramai 33.4 juta tahun ini dengan kadar pertumbuhan tahunan 2.1 peratus di mana bilangan penduduk warga asing lebih tinggi daripada warganegara.

Ujarnya, penduduk warganegara meningkat dengan pertumbuhan kecil iaitu 0.7 peratus daripada 30.2 juta kepada 30.4 juta pada 2023.

BACA JUGA: Disyaki Pengikut Ahmadi Religion, Polis Berkas Lapan Individu Terlibat Himpunan LGBT

BACA JUGA: KDYMM Pemangku Raja Pahang Sokong Projek Jalan Batal Demi Flora Fauna

BACA JUGA: Petrol Tak Turun Sebab Hutang Negara Besar, Bakal Jejas Inisiatif Rakyat Lain – Rafizi

“Tiga negeri iaitu Sabah (5.1 peratus), Wilayah Persekutuan Labuan (2.6 peratus) dan Selangor (2.2 peratus) telah melepasi kadar pertumbuhan nasional 2.1 peratus. Manakala tiga negeri yang mencatatkan komposisi penduduk tertinggi pada 2023 ialah Selangor (21.6 peratus) diikuti Johor (12.3 peratus) dan Sabah (10.8 peratus).”

“Sebaliknya, Labuan dan Putrajaya mencatatkan komposisi penduduk terendah iaitu masing-masing 0.3 peratus dan 0.4 peratus,” katanya.

Jelas beliau, komposisi penduduk warganegara menurun kepada 91.1 peratus pada 2023 menyumbang kepada peningkatan komposisi penduduk bukan warganegara daripada 7.6 peratus kepada 8.9 peratus dalam tempoh sama.

“Peningkatan ini selaras dengan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April 2022 dan pelaksanaan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja 2.0 mulai Januari 2023,” tambah Mohd. Uzir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: