Tempatan

Kebun Durian Haram: DAP Bawa Penceroboh Jumpa Menteri Besar?

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini. 

KUALA LUMPUR, 31 Januari 2023 – “Hanya sehari selepas ahli parlimen Raub dari DAP membuat gesaan itu, perjumpaan khas tertutup bersama ‘pekebun-pekebun’ Durian mungkin akan diadakan dengan Menteri Besar atas gesaan mereka,” komen Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya di dalam hantaran di Facebooknya.

Beliau menyifatkan tindakan parti tersebut begitu cepat dan efektif dalam memulakan langkah untuk menghalalkan pencerobohan tanah-tanah Kerajaan, terutamanya di Pahang.

BACA JUGA: AMARAN Hujan Berterusan Di 4 Negeri dan Tahap Buruk Di Sarawak

BACA JUGA: 3 Bulan, Jawatankuasa Kaji Dasar Pengajian Tinggi

BACA JUGA: 2 Negeri Belum Capai Prevalen Antibodi Penyakit Kaki Gajah – KP Kesihatan

Tambah Hj Aminuddin Yahaya, tidak ramai yang mengetahui berkenaan perkara ini kerana terlalu sedikit liputan media mengenai perkara ini dan beliau mendedahkan masih belum menjumpai mana-mana media Bahasa Melayu yang membuat liputan berkenaan isu pencerobohan tanah Kerajaan in.

Selain itu, walaupun mahkamah sudah memutuskan bahawa penanaman-penanaman durian secara haram itu sudah diputuskan bersalah dan kini berada di peringkat rayuan, namun pencerobohan boleh terus berlaku sehingga kini, kata Hj Aminuddin Yahaya.

Hal ini adalah disebabkan notis pengosongan tanah oleh penguatkuasa telah digantung sehingga proses rayuan selesai, jelas beliau.

Hj Aminuddin Yahaya juga yakin dengan keadaan politik pada hari ini, bukanlah suatu perkara yang mustahil untuk segala apa yang haram seperti pencerobohan tanah untuk dihalalkan nanti, malah disuci-sucikan lagi dan meloponglah anak-anak Pahang.

“Tahniahlah kepada orang-orang Pahang yang telah mengundi BN dan PH. Biarlah tanah tergadai asalkan parti kita menang, kan?”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: