Tempatan

Subsidi Negara Hangus Ditelan Warga Asing

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 07 Jun 2023 – Sekurang-kurangnya RM19 bilion subsidi negara dinikmati warga asing yang membeli-belah barangan bersubsidi di dalam negara selain diseludup dan dijual di pasaran luar negara seperti di Golok, Thailand.

Penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Barjoyai Bardai berkata perkara itu terjadi berikutan tumpuan Kerajaan meningkatkan pendapatan negara daripada sektor pelancongan.

“Dalam konteks pelancong asing ke Malaysia, apabila mereka membeli barangan dari Malaysia, mereka membeli dengan murah dan itu sebenarnya menjejaskan ekosistem subsidi Kerajaan kepada rakyat Malaysia. Ini kerana mereka memakan subsidi yang diperuntukkan kepada warga kita.”

“Barang-barang yang dibeli itu mahal di Singapura dan mereka dapat membeli dengan murah di Malaysia. Jadi, pelawat dan pelancong Singapura mendapat faedah yang sepatutnya dinikmati oleh rakyat tempatan walaupun mereka sebenarnya bukan warganegara Malaysia,” katanya.

BACA JUGA: Kesan Sampingan Vaksin COVID-19, Kerajaan Bayar RM2.5 Juta Pampasan Setakat Ini

BACA JUGA: MP Langkawi Persoal Sejak Bila ‘Bak Kut Teh’ Makanan Warisan Malaysia?

BACA JUGA: KPM Keluarkan Garis Panduan Baharu Aktiviti Luar Kelas

Katanya, 30 peratus daripada keseluruhan subsidi kepenggunaan yang mencecah RM66.3 bilion bagi 2022 itu merangkumi subsidi petrol, diesel, gas cecair memasak, minyak masak, bil elektrik, harga ayam dan telur.

Tegasnya, senario itu bertentangan dengan konsep subsidi bersasar malah merugikan hasil negara dalam jangka panjang.

“Ia bukan saja tidak tersasar, malah ini bererti subsidi yang disalurkan Kerajaan sebenarnya sudah melimpah keluar negara. Ia dilakukan pula secara sah bukannya haram.”

“Kalau misalnya barangan ini diseludup ke luar negara, itu haram. Tapi ini, mereka sekadar datang melawat ke pasaraya di Malaysia dan membeli barangan dengan harga murah,” jelasnya.

Tinjauan mendapati pelancong asing terutama dari Singapura menjadikan negara ini ‘syurga beli-belah’, di samping kira-kira dua juta lagi warga asing yang berada di Malaysia yang turut menikmati pelbagai subsidi barangan tanpa had.

Keadaan itu didorong oleh kelemahan nilai ringgit yang mengukuhkan dolar Singapura meningkatkan kuasa beli pelancong dan pelawat dari negara itu yang berbelanja di Malaysia, dengan tumpuan kepada barangan keperluan asas bersubsidi.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: