Kanak-Kanak Mangsa Tertinggi Keganasan Rejim Haram
Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
AMMAN, 31 Januari 2023 – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menyuarakan kebimbangan apabila kanak-kanak terus menjadi mangsa tertinggi keganasan antara Palestin dan rejim haram aparteid Israel.
Menerusi satu kenyataan, UNICEF berkata, peningkatan keganasan yang berlaku menyebabkan jumlah kanak-kanak yang terbunuh dan cedera di tahap membimbangkan, di mana sejak awal 2023, tujuh kanak-kanak Palestin dan seorang kanak-kanak Israel telah dibunuh.
Tegas organisasi itu, “Children continue to pay the highest price of violence. As the situation remains very volatile, UNICEF fears that an increasing number of children will suffer.”
Tambah UNICEF, semua kanak-kanak berhak mendapat perlindungan khas di bawah undang-undang hak asasi manusia antarabangsa, termasuk hak untuk hidup dan perlindungan sepanjang masa.
BACA JUGA: Jeti Roboh, Guru Bergelut Selamatkan Anak Murid
BACA JUGA: Ahli Parlimen PKR Tegur Pelantikan Nurul Izzah Anwar, Salah Segi Moral
BACA JUGA: Bakar Al-Qur’an: Mereka Cemburu Dengan Kesempurnaan – Profesor Dato’ Mahamad Naser bin Disa
Sehubungan dengan itu, organisasi tersebut merayu kepada semua pihak untuk meredakan kemarahan, menahan diri sepenuhnya dan mengelak daripada menggunakan keganasan, terutamanya terhadap kanak-kanak, mengikut undang-undang antarabangsa.
Katanya, keganasan tidak pernah menjadi penyelesaian, dan semua bentuk keganasan terhadap kanak-kanak tidak boleh diterima. Ini mesti dihentikan.