Tempatan

Pegawai Atasan Atau Bukan, Siasatan Tanpa Kompromi – Pengarah Integriti Bukit Aman

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SHAH ALAM, 11 Januari 2022 – Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad menegaskan bahawa siasatan akan dilakukan ke atas mana-mana anggota atau pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa sebarang kompromi.

“Kita tidak kira orang itu pegawai atasan atau bukan. Siasatan tetap dilakukan tanpa kompromi,” ujar beliau seperti yang dilaporkan portal Sinar Harian.

Beliau turut menyentuh bahawa statistik dari tahun 2019 hingga Oktober tahun 2021 telah merekodkan seramai 4,347 pegawai kanan dan pegawai rendah polis dijatuhi hukuman atas kesalahan-kesalahan yang pelbagai.

Bukan itu sahaja, daripada mereka yang disabitkan kesalahan, seramai 376 anggota telah dibuang kerja.

“Jika dilihat pada statistik ini, pecahan mengikut hukuman buang kerja disebabkan kesalahan jenayah, rasuah, dadah dan salah laku,” tambah beliau lagi.

Pada tahun lepas, kesalahan yang paling banyak dihukum adalah bagi kesalahan salah laku, diikuti dadah, syariah, jenayah dan akhir sekali kesalahan jenis rasuah.

Menurut beliau juga, laporan polis berkenaan jenayah tidak boleh dilepaskan begitu sahaja bahkan ianya perlu dibawa ke pihak timbalan pendakwa raya (TPR) terlebih dahulu. Sekiranya TPR berpuas hati barulah kes boleh digugurkan.

“Laporan polis yang dibuat akan dibuka untuk tindakan sehingga diputuskan oleh TPR,” ujar beliau.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: