Tempatan

Segera Mohon Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Sebelum Raya Haji

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 22 Jun 2022 – Mulai 27 Jun 2022, Kerajaan bakal memberi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Tambahan kepada golongan B40 yang layak bagi meringankan beban kewangan menyambut Hari Raya AidilAdha tidak lama lagi.

Demikian ucapan Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media yang diadakan petang tadi bagi menjelaskan mengenai isu subsidi minyak masak dan pengumuman bayaran BKM Fasa 2.

Jelas beliau, bantuan tunai tambahan untuk golongan B40 disediakan setelah mengambil kira kenaikan kos sara hidup dan harga barangan. Golongan isi rumah B40 akan menerima bayaran tambahan sebanyak RM100, manakala golongan bujang B40 pula akan menerima RM50.

Ismail Sabri turut memaklumkan bahawa pembayaran BKM Tambahan akan dibuat bersekali dengan bayaran Fasa 2 BKM, menjadikan penerima BKM akan menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bayaran BKM Fasa 2 dan bayaran tunai tambahan akan memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima, iaitu 4 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.

Penerima yang layak bakal menerima bayaran secara berperingkat mulai 27 Jun 2022. Sebarang semakan boleh dibuat bermula 27 Jun 2022 di pautan https://bkm.hasil.gov.my/

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: