Tempatan

Selangor Cadang Wujudkan Skim Insuran P. Hailing

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

SELANGOR, 26 Mac 2022 – Kerajaan negeri bercadang mewujudkan skim insurans berkelompok di negeri Selangor dengan bayaran RM10 seorang bagi melindungi kebajikan pekerja industri P-Hailing, menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan negeri, Mohd Khairuddin Othman.

“Mungkin kita boleh mewujudkan satu insurans kelompok melibatkan 30,000 penggiat P-Hailing dengan bayaran RM10 seorang.”

Tambah Mohd. Khairuddin, langkah tersebut ekoran kebanyakan pekerja bidang itu adalah dari golongan muda dan lepasan sekolah yang terdedah dengan risiko di atas jalan raya bagi mengejar bayaran berdasarkan jumlah penghantaran.

Justeru, idea yang diharap akan dilancarkan Jun depan dapat melindungi pekerja P-Hailing yang tidak mencarum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), ujar beliau.

Mohd. Khairuddin turut mencadangkan agar kesemua pekerja P-Hailing dapat mewujudkan satu persatuan rasmi yang menjadi ‘payung’ kepada semua pekerja dalam industri tersebut.

Tahun lalu, kerajaan telah mewajibkan perusahaan ekonomi gig seperti Grab, GrabFood, Lalamove, Foodpanda dan sebagainya untuk mendaftar dan mencarum dengan Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri mulai 1 Oktober 2021 sebagai salah satu plan memastikan kategori tersebut mempunyai perlindungan keselamatan sosial.

Tindakan ini diambil Kerajaan selepas menyedari perusahaan perkhidmatan pengangkutan dan penghantaran barang ataupun makanan telah mulai mendapat permintaan dalam pasaran, dan juga penawarannya yang tinggi, kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: