Tempatan

Bincang Isu Pulihara Harimau Malaya – Pemangku Raja Pahang, PM

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 25 Februari 2022 – Pemuliharaan spesies Harimau Malaya dalam perancangan jangka panjang merupakan antara perkara yang dibincangkan oleh KDYMM Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Datuk Seri Ismail Sabri dalam posting di laman Facebooknya berkata, perbincangan itu berlangsung pada pertemuan dengan Tengku Hassanal yang berkenan mencemar duli melawat Pejabat Perdana Menteri pada 21 Februari yang lalu.

“Perbincangan adalah mengenai perancangan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang dalam usaha memulihara penghidupan Harimau Malaya di Pahang dan bantuan yang boleh diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.”

“Saya juga menyembah maklum mengenai tindakan yang telah diambil oleh Kerajaan Persekutuan serta perancangan jangka panjang untuk memulihara Harimau Malaya,” ujarnya.

Perdana Menteri turut berkata, harimau malaya merupakan haiwan hampir pupus dan terdapat kurang daripada 150 ekor di seluruh negara ini yang sebahagian besarnya adalah di Pahang.

Sebelum ini, beliau menegaskan bahawa Malaysia akan berdepan risiko kepupusan Harimau Malaya yang menjadi simbol Jata Negara, lambang negeri serta pelbagai kementerian, jabatan dan agensi jika tiada tindakan segera diambil.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: