Tempatan

COMSEC Bantu Hadapi Cabaran Keselamatan Negara

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 21 Julai 2022 – Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini memperkenalkan doktrin Keselamatan Menyeluruh (COMSEC) bagi membantu Malaysia menghadapi cabaran pengurusan keselamatan negara pada masa ini serta akan datang.

Ujar Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, usaha itu diperkenalkan sebagai langkah untuk memelihara keselamatan negara secara proaktif menerusi gandingan daripada seluruh jentera Kerajaan serta segenap lapisan masyarakat.

Katanya, komuniti harus bersedia bertindak sebagai mata dan telinga buat agensi keselamatan supaya sebarang ancaman terhadap keselamatan negara dapat dicegah.

“Tonggak kepada pelaksanaan strategi keselamatan menyeluruh adalah amanah yang perlu dijunjung oleh seluruh Keluarga Malaysia,” kata beliau sewaktu berucap merasmikan Persidangan Keselamatan Negara 2022 dan Sambutan Bulan Keselamatan Negara 2022, kelmarin.

Dalam persidangan itu, beliau menyeru MKN untuk segera melaksanakan inisiatif Latih Amal Keselamatan Menyeluruh bagi memastikan tahap kesiapsagaan dipertingkat dalam menghadapi sebarang potensi krisis yang akan datang.

Tambahnya, kementerian serta agensi Kerajaan Persekutuan hendaklah terlibat sama dalam latih amal tersebut selain kerjasama dari pihak Kerajaan Negeri dan penglibatan pihak swasta.

Bukan itu sahaja, beliau turut meminta agar penggabungan dari badan-badan bukan kerajaan serta sukarelawan yang datang dari pelbagai segmen komuniti untuk terlibat sama dalam usaha berkenaan.

“Sebenarnya, budaya kesukarelawanan perlu terus disemai dan dipupuk sebagai satu pendekatan memastikan komuniti mampu berhadapan dengan cabaran-cabaran mendatang,” kata beliau.

“Kerajaan akan terus memastikan keselamatan negara terus diperkasa bagi menjaga keharmonian yang kita bina selama ini,” tulis beliau dalam satu hantaran di laman Twitter rasmi miliknya.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: