Tempatan

Majlis Berbuka Puasa Pertama Di Istana Negara Selepas 2 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 22 April 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa yang pertama kali diadakan di Istana Negara selepas dua tahun pandemik COVID-19 melanda negara.

Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak serta solat sunat Terawih berjemaah bersama tetamu dan diimamkan Pegawai Agama Istana Negara Datuk Haji Munir Md Salleh.

YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan isteri, Datin Sri Muhaini Zainal Abidin hadir di majlis itu bersama Jemaah Menteri yang lain antaranya Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Dif-dif kenamaan lain yang turut hadir di majlis tersebut ialah Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, serta bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Seterusnya, majlis berbuka puasa di Istana Negara itu turut dihadiri perwakilan asing antaranya dari Yaman, Turki, Arab Saudi, Syria, Jordan, Mesir, Senegal, Bosnia Herzegovina, Palestin, Iraq, Azerbaijan, Bahrain, Thailand, Bangladesh, Filipina, India dan Brunei.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: