NGO

Penubuhan Majlis Agama Nasional, Keputusan Yang Amat Dinanti-Nantikan – Gabungan Demi Malaiu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Kenyataan Media

Gabungan Demi Malaiu merafak sembah kesetiaan dan terima kasih kepada Kebawah Duli Raja-Raja Melayu dan atas perkenan Duli-Duli Tuanku mewujudkan Majlis Agama Nasional yang dipengerusikan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan timbalannya oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Keputusan ini amat dinanti-nantikan dan kami yakin Majlis Agama Nasional di bawah kepimpinan Kebawah Duli Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj akan memperkukuhkan kedudukan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagai fikrah rasmi Islam di Malaysia. Perpaduan yang mampu mengelakkan perpecahan dan perbalahan sama sendiri akibat serangan dari luar dan dari dalam menggangu-gugat akidah ASWJ.

Dalam masa yang sama, pengumuman penubuhan Majlis Agama Nasional ini mampu membawa perpaduan bagi seluruh rakyat Malaysia bergerak dalam satu pasukan di bawah naungan Tuanku dan MRRM sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ).

Sekali lagi Gabungan Demi Malaiu menzahirkan rasa syukur yang amat sangat akan keputusan Majlis Raja-Raja Melayu dan mendoakan akan agar Duli-Duli Tuanku sentiasa dipanjangkan umur, beroleh keselamatan diri dan sentiasa diberkati selamat sepanjang bersemayam di takhta.

Daulat Tuanku!

GABUNGAN DEMI MELAYU.

Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Samudera.my

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: