Tempatan

Penjawat Awam Kematian Pasangan Dibenarkan BDR 2 Minggu

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 31 Mac 2022 – Penjawat awam yang kematian pasangan dibenarkan bekerja dari rumah (BDR) selama dua minggu untuk membantu mengurangkan kesedihan akibat kehilangan sekaligus meningkatkan produktiviti pekerja.

Lapor FMT, Mohd Shafiq Abdullah, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memaklumkan sedemikian selaras dengan inisiatif yang diperkenalkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob pada Hari Wanita, 8 Mac lalu.

Dalam ucapannya, Ismail Sabri menggesa isteri penjawat awam yang kematian suami supaya diberi masa untuk menguruskan wasiat suami serta beberapa urusan keluarga.

Selain itu, Shafiq berkata, ketua jabatan juga perlu membenarkan pekerja kematian suami atau isteri untuk bekerja dari rumah selepas mengambil cuti ihsan.

“Ini bertujuan untuk mengutamakan kebajikan penjawat awam di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti dalam perkhidmatan mereka kepada rakyat.”

Tambahnya lagi, tempoh maksima bagi kemudahan yang dibenarkan itu adalah selama dua minggu termasuklah hari kelepasan mingguan, hari rehat mingguan dan hari kelepasan am. Namun begitu, tempoh tersebut masih terikat kepada budi bicara ketua jabatan.

Jelasnya, pekerja yang menggunakan kemudahan berkenaan perlu patuh kepada semua syarat yang disenaraikan dalam arahan bekerja dari rumah kerajaan.

Kemudahan yang disediakan ini merupakan salah satu daripada enam inisiatif yang diterima pakai oleh pihak kerajaan untuk ke arah pemerkasaan wanita.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: