Tempatan

Menteri Agama Tak Mahu Masuk Campur Isu Hakim

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 20 Januari 2022 – “Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) (HEA) sama sekali tidak akan campur tangan dalam tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.”

Demikian respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Idris Ahmad berkenaan tuduhan isu moral yang melibatkan seorang pegawai kehakiman syariah.

Beliau turut menyatakan bahawa pihaknya tidak akan terlibat dan menyerahkan sepenuhnya perkara tersebut kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sama sekali tidak akan mencampuri bidang kuasa pihak polis dan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.”

Sehubungan dengan itu juga, Senator Idris Ahmad menggesa semua pihak untuk membenarkan pihak berkuasa untuk membuat siasatan yang telus dan terperinci supaya keadilan dapat dicapai.

“Ia akan memberikan keadilan kepada semua pihak yang terkait dalam isu ini, sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan perlulah dihentikan.”

Baru-baru ini, Persatuan Pegawai Syariah Malaysia (PPSM) mengeluarkan kenyataan dan berpendapat bahawa adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan merehatkan KP JKSM sementara sehingga siasatan ke atasnya selesai.

“Bagi mengelakkan hal tersebut terus memburukkan imej Institusi Kehakiman Syariah, adalah wajar pihak Jabatan Perdana Menteri (JPM), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengambil tindakan sewajarnya agar beliau direhatkan sementara sehingga siasatan ke atasnya sempurna berdasarkan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.”

“Hal ini juga akan memudahkan pihak berkuasa melaksanakan siasatan dan kebenaran akan segera terserlah.”

Leave a Reply

Back to top button