TempatanTerkini

Permaisuri Agong Kurnia Anugerah PPPM 2021

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 11 Disember 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum AlMutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Pengurniaan Anugerah Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) Tahun 2021 di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur, semalam.

Seri Paduka Baginda adalah merupakan Penaung Diraja Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) sejak tahun 2019.

Turut hadir bersama ke majlis tersebut, Yang Dipertua PPPM Datin Sri Muhaini Binti Zainal Abidin yang juga isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang Ke-9, Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Berangkat mengiringi Seri Paduka Baginda, Timbalan Yang Dipertua PPPM, DYAM Raja Puan Muda Perak Darul Ridzuan, Tunku Soraya Binti Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya PPPM, Dato’ Jeyadhevi Subramaniam.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: