Tempatan

Bapa Marah Anak Belajar Pendidikan Agama Islam 5 Jam Seminggu Di Sekolah Kebangsaan

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 12 Januari 2022 – Seorang pengguna Twitter mempertikaikan penetapan jadual persekolahan anak perempuannya yang dilihat cenderung ke arah sekolah aliran agama dan tidak bersesuaian dengan status sekolah tersebut sebagai Sekolah Kebangsaan.

“Wow. Sampai 5.5hrs/week for PAI (or related) in total. That’s the same as Eng, and MORE than Maths and Science (at 2.5hrs and 1.5hrs respectively). This is NOT sekolah agama ya. This is Sekolah Kebangsaan.”

Pemilik akaun Twitter @rejaie yang baru sahaja memindahkan anak perempuannya ke sekolah kebangsaan tersebut turut mempertikaikan sekolah tersebut mengadakan keperluan mempelajari Bahasa Arab yang sepertinya tiada kepentingan.

“Apahal bahasa Arab keperluan? Angpa Arab ke Melayu? Pakai tengkolok tapi duk canang belajar BA. Cait. Sedarlah diri tu sikit. Ang ingat Ang cakap Arab, sanjung orang Arab, depa nak tengok Ang as sama level?”

Ayah kepada pelajar sekolah kebangsaan itu juga merasakan sepatutnya Bahasa Arab dan Jawi dijadikan mata pelajaran elektif sahaja.

“Arab and Jawi should be elective. And PAI shouldn’t be separated into so many subjects like that. Especially when non Muslims only have ONE subjects during those periods.”

Seorang pengguna Twitter menegur pendapat beliau dengan menyatakan bermula daripada pemilihan nama anak lagi sudah memerlukan pengetahuan dalam Bahasa Arab.

@rejaie membalas ciapan dengan persoalan yang menunjukkan ketidaksetujuan dalam mempertahankan pendapatnya.

“Nama anak Muslim perlu bahasa Arab ke? Nama anak aku Anggun. Itu bukan bahasa Arab.
Tapi point aku pun sama, tak perlu pun nama Muslim in Arabic”

@affhmad_ menamatkan ciapan beliau dengan menghormati pendirian @rejaie. Walau bagaimanapun @affhmad_ turut meninggalkan satu contoh di ruangan komen tersebut mengenai kepentingan mempelajari Bahasa Arab dalam kehidupan seharian.

“dak bang, “maksud nama” , contohnya Ahmad maksud terpuji, tapi kalau kita singkatkan jadi mat, maksud dia mati”

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: