Tempatan

Agong, Raja Permaisuri Menyerikan Majlis Aidilfitri Keluarga PEKAP

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 02 Jun 2022 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri Keluarga Persatuan Kebajikan Anak-anak Pahang (PEKAP) semalam.

Baginda berdua berkenan meluangkan masa selama hampir 2 jam di sana bagi beramah mesra dengan anak-anak Pahang di majlis tersebut.

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong juga berkenan menyampaikan sumbangan kewangan kepada 28 orang asnaf anak-anak Pahang Wilayah Persekutuan, sumbangan hasil kerjasama buat julung kalinya antara Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan PEKAP.

PEKAP menerima amanah daripada MAIWP untuk menyampaikan RM 260,100 sebagai sumbangan kepada asnaf-asnaf tersebut.

Majlis yang dihadiri oleh 2000 jemputan itu turut diserikan oleh Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib yang juga Ahli Parlimen Maran dan penyanyi popular tanah air Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: