Antarabangsa

PKP Tak Beri Kesan Terhadap Kematian COVID-19 – Pakar John Hopkins

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

MARYLAND, 03 Februari 2022 – Satu analisis kajian mendedahkan bahawa perintah berkurung langsung tidak memberikan kesan dalam mengurangkan kematian akibat COVID-19.

Apa yang ditemui berdasarkan analisis adalah kesan dahsyat terhadap ekonomi dan bertambahnya penyakit sosial.

BACA: KP Kesihatan Sahkan Berlaku Kes Radang Jantung Selepas Vaksin

BACA: Kes Sejumlah Banduan Kajang Mati Lepas Dos Ketiga, PPIM Tuntut Penjelasan

BACA: Dos Penggalak Mungkin Bawa Penderitaan: “Istikharah Dahulu” – Mufti Perlis

“Kami tidak menemui bukti bahawa perintah berkurung, penutupan sekolah, penutupan sempadan dan pengehadan perhimpunan mempunyai kesan ketara terhadap kematian COVID-19,” kata Hanke, Herby dan Jonung, pakar-pakar dari John Hopkins.

Hanke ialah pengasas dan Pengarah Bersama Institut Johns Hopkins untuk Ekonomi Gunaan, Kesihatan Global dan Kajian Perusahaan Perniagaan, Herby ialah penasihat khas di Pusat Kajian Politik di Copenhagen, Denmark manakala Jonung ialah Profesor Emeritus dalam bidang ekonomi di Universiti Lund, Sweden.

“Apa yang ditemui kesan dari perintah berkurung adalah kejatuhan ekonomi, peningkatan pengangguran, pergolakan politik, bertambahnya keganasan rumah tangga dan demokrasi liberal melemah,” kata mereka.

Oleh itu, analisis kajian menyimpulkan, perintah berkurung langsung tidak membantu dalam dan tidak diperlukan sebagai salah satu instrumen polisi pandemik.

Kerajaan Malaysia sebelum ini memberi jaminan tidak akan melaksanakan kembali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sekatan untuk pulang ke kampung bagi sambutan Aidilfitri tahun ini seperti didakwa pihak tertentu.

Akan tetapi, jika kes meningkat di sesuatu kawasan, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara bersasar akan dilakukan di kawasan terbabit saja.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: