Tempatan

Positif COVID-19, Agong dan Raja Permaisuri Berkenan Jalani Kuarantin Kendiri

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 03 April 2022 – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Khamis, 7 April 2022, setelah disahkan positif COVID-19.

Manakala, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj yang juga disahkan positif COVID-19 berkenan menjalani kuarantin kendiri di Istana Negara hingga hari Jumaat, 8 April 2022.

Perkara ini dimaklumkan oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan dalam laman Facebook Istana Negara semalam.

“Seri Paduka Baginda berdua hanya mengalami gejala ringan. Kesihatan Seri Paduka Baginda berdua secara amnya adalah dalam keadaan baik dan tidak membimbangkan.”

Tambah Dato’ Indera Ahmad Fadil, Seri Paduka Baginda berdua berkenan menjalani kuarantin kendiri ini selaras dengan protokol dan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kes positif COVID-19 yang mengalami gejala ringan atau tidak bergejala.

Dalam masa yang sama, bersempena ketibaan bulan Ramadan yang mulia, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong menyeru rakyat supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan kawalan kendiri meskipun negara telah memasuki Fasa Peralihan ke Endemik COVID-19 kelmarin (1 April 2022).

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: