Tempatan

Kereta Kuda Diraja Sertai Perarakan Hari Kebangsaan Setelah 17 Tahun

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

PUTRAJAYA, 18 Ogos 2022 – Kereta kuda diraja bakal menyertai perarakan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini setelah 17 tahun tidak digunakan.

Menurut Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, kereta kuda diraja itu bakal dinaiki KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ke Dataran Merdeka.

“Itu adalah antara pengisian utama sambutan perarakan Hari Kebangsaan 2022 selain beberapa perarakan lain,” ujarnya.

Kata Annuar, kali terakhir kereta kuda tersebut digunakan adalah pada tahun 2005 oleh Tuanku Syed Sirajudin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail semasa Sambutan Hari Kebangsaan di Dataran Putrajaya.

“Selain itu, terdapat juga 30 kereta antik yang akan menyertai perarakan kali ini yang membawa 30 tokoh negara dan selebriti terkenal tanah air.”

Tambah beliau, sambutan itu juga akan meraikan raja pecut 100 meter negara, Muhammad Azeem Mohd. Fahmi yang akan membacakan ikrar pada hari berkenaan.

“Barisan pelakon utama filem Mat Kilau juga akan turut serta pada perarakan sama termasuk perarakan dua buah Bas Hop-On Hop-Off memuatkan wira dan wirawati sukan negara pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022 lalu.”

Annuar turut menjelaskan mengenai konsep Hari Kebangsaan Hari Malaysia 2022 (HKHM 2022) yang akan melibatkan komuniti besar Keluarga Malaysia seperti penyertaan komuniti Orang Asak, chef terkenal tanah air dan juga barisan petugas hadapan yang telah berperang melawan COVID-19.

Buat julung kalinya juga, Orkestra RTM di bawah pimpinan Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani serta 65 ahli muzik lain akan mengiringi upacara menaikkan Jalur Gemilang dan Lagu Negaraku.

Turut ditampilkan adalah persembahan nyanyian selebriti terkenal negara, perarakan kereta berhias dan watak-watak animasi popular tanah air.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: