Musim Tengkujuh Bukan Halangan Bagi PRU-15
Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.
PETALING JAYA, 29 Ogos 2022 – Penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Dr Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) masih boleh diteruskan walaupun diadakan pada musim tengkujuh.
Katanya, dalam situasi cuaca yang tidak menentu pada masa ini, musim tengkujuh bukan halangan untuk Kerajaan membubarkan Parlimen seperti mana yang pernah berlaku pada 1999 apabila PRU-10 diadakan pada bulan November.
“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mempunyai pengalaman semasa 1999 dan tentunya persiapan yang dilakukannya mengambil kira semua pertimbangan sekiranya PRU dibuat akhir tahun ini.”
Dalam pada itu, beliau turut berpendapat tindakan melengahkan PRU adalah tindakan yang tidak tepat.
“Pada pandangan saya, PRU sesuai dilakukan pada tahun ini memandangkan mandat kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sudah hampir ke penghujung.”