Tempatan

TNB Beri Rebat 100% Kepada Mangsa Banjir

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini

KUALA LUMPUR, 27 Disember 2021 – Tenaga Nasional Berhad memutuskan untuk memberi rebat 100% secara sekali sahaja (one-off) bagi bil elektrik bulan Disember 2021 kepada 72,000 pelanggan domestik TNB yang terjejas akibat banjir.

Selain itu, pemeriksaan pendawaian percuma akan dilakukan di kediaman B40 yang terjejas banjir bagi mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.

Perkara ini dimaklumkan oleh Perdana Menteri Ismail Sabri dalam Twitternya semalam.

Inisiatif rebat ini melibatkan peruntukan kecemasan tambahan sebanyak RM 9 juta.

Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Ir. Baharin Din, “Pemberian rebat dan peruntukan yang disediakan sebelum ini mencerminkan nilai-nilai teras warga TNB termasuk keprihatinan, di samping rasa kebersamaannya dengan rakyat.”

Di samping itu, Ismail Sabri memaklumkan bahawa satu Special Task Force akan diwujudkan bertujuan untuk pengurusan pasca banjir dan persediaan gelombang kedua banjir.

Task force ini akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan dianggotai oleh ketua-ketua agensi berkaitan.

“Saya telah bersetuju untuk mewujudkan Special Task Force untuk pasca banjir dan juga persediaan kalau berlaku gelombang kedua,” ujar beliau.

Dalam laporan berlainan, Persatuan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (Malaysian Society for Occupational Safety and Health (MSOSH) mencadangkan agar satu garis panduan yang jelas mengenai bidang kuasa, punca kuasa dan chain of command diperjelaskan kepada umum atau badan professional termasuk NGO bagi tujuan kesiapsiagaan pengurusan bencana selepas ini.

Punca kuasa dan bidang kuasa kerajaan pusat dan negeri perlulah jelas dan selaras.

MSOSH juga berharap semasa tempoh bencana ini, polemik politik dapat dihentikan dan fokus bantuan kepada rakyat menjadi perkara utama semua pemimpin di semua lapisan masyarakat.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: