Tempatan

GST Mungkin Kembali, Tampung Kemelesetan Ekonomi – PM

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

RABU, 01 Jun 2022 – Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan hasrat Kerajaan untuk mengembalikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bagi menampung kemelesetan ekonomi negara.

Ujar beliau, Kerajaan sedia maklum dengan persepsi negatif mengenai GST namun Kerajaan sudah tidak mempunyai banyak pilihan lain ketika ini.

“Kita telah kehilangan RM20 bilion pendapatan tahunan apabila kita memansuhkan GST dan mengembalikan sistem cukai jualan dan perkhidmatan (SST). Tiada negara dalam dunia ini yang kembali dari GST kepada SST, melainkan Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, Kerajaan akan mencari jalan untuk mendidik orang ramai tentang kepentingan GST dan sistem pengutipan cukai yang lebih telus.

Kerajaan juga akan memastikan kadar GST yang diperkenalkan semula tidak terlalu tinggi sehingga membebankan rakyat, dan tidak terlalu rendah sehingga menggagalkan tujuan mengembangkan hasil cukai.

Hasrat ini turut mendapat sokongan Bank Negara kerana akan meringankan beban kewangan kerajaan.

“Bank Negara menyokong GST dan sudah tentu kita perlu memikirkan tentang masa pengenalan semula yang perlu diambil kira pihak kerajaan,” ujar Encik Marzunisham Omar, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia.

Sementara itu, kewangan Kerajaan Malaysia juga terjejas akibat krisis Rusia-Ukraine di mana ia meningkatkan keperluan untuk mendapatkan lebih banyak pendapatan, lapor Nikkel Asia.

Tahun ini, negara dijangka menanggung jumlah subsidi bahan api sebanyak RM28 bilion berbanding RM11 bilion pada 2021. Selain bahan api, kerajaan juga memberi subsidi minyak masak, gula dan tepung.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: