Tempatan

Agong Beri Sumbangan Kepada Mangsa Banjir

Jangan lupa sertai TikTok, YouTube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

Jangan lupa sertai Tiktok, Youtube, Telegram, Twitter, Instagram dan Facebook kami untuk berita terkini.

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2022 – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyerahkan sumbangan peribadi kepada mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, semalam.

Sumbangan berkenaan disampaikan oleh Juruiring Tentera Darat Baginda, Brigadier Jeneral Dato’ Sharizan Wan Chik.

“Seri Paduka Baginda menzahirkan harapan semoga bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban mereka,” menurut kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara di Facebook.

Beberapa kawasan di sekitar Kuala Lumpur dilanda banjir kilat pada Isnin lalu sehingga menyebabkan penduduk yang terjejas terpaksa dipindahkan ke PPS.

Sebelum ini, Seri Paduka Baginda turut menzahirkan keprihatinan Baginda dengan menubuhkan sebuah “Pasukan Bencana Istana Negara” untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Leave a Reply

Back to top button
%d bloggers like this: